Simple Pizza for kiddo aktiviti


Cuti sekolah



Cuti Sekolah anak-anak tak buat apa...so mama bagi aktiviti masak pizza.

apa yg dioarg belajar?

1.Belajar menggunakan penimbang untuk timbang bahan-bahan
2.Belajar membancuh dan menguli
3.belajar memasak

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak buat pizza

Bahan-Bahan

  • 3 Cawan Tepung Gandum atau tepung roti
  • 1 paket yis
  • 1/2 sudu minyak apa-apa pun boleh
  • 1 sudu kecil gula
  • secubit garam
  • 1 cawan air suam
 Cara-cara

  • larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis,,kacau dan biar hingga kembang
  • Masukkan secubit garam kedalam tepung gaul rata dah buat lubang di tengah-tengah.
  • masukkan minyak ditengah lubang dan campuran yis tadi.
  • uli hingga jadi doh
  • perapkan doh hingga naik...untuk cepatkan proses doh naik cepat boleh ditutup dgn plastik atau kain basah,jemur di tengah panas atau letak dalam oven yg tak belum di pasang letrik ya.
  • Bila dah kembang boleh uli,kalau melekat letak kat tangan tepung untuk senang menguli
  • buat bentuk bulat dah dan leperkan.boleh letak inti dekat atas tu dan bakar selamar 25-30 minit suhu dalam 180-200'c


Cara buat topping yang simple untuk anak-anak

Bahan-Bahan
  • Crabstik/sosej/daging ayam yang dah dibakar atau di goreng
  • bawang besar dihiris halus
  • sos tomato
  • cheese
  • garam
Cara-cara

tumis bawang dgn sedikit minyak
masukkan Crabstik/sosej/daging ayam gaul dan taburkan garam ikut citarasa
-boleh taburkan atas pizza yang belum dibakar dan taburkan cheese.

Selamat mencuba :)




Comments

Popular posts from this blog