Simple Pizza for kiddo aktiviti
Cuti sekolah Cuti Sekolah anak-anak tak buat apa...so mama bagi aktiviti masak pizza. apa yg dioarg belajar? 1.Belajar menggunakan penimbang untuk timbang bahan-bahan 2.Belajar membancuh dan menguli 3.belajar memasak Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak buat pizza Bahan-Bahan 3 Cawan Tepung Gandum atau tepung roti 1 paket yis 1/2 sudu minyak apa-apa pun boleh 1 sudu kecil gula secubit garam 1 cawan air suam Cara-cara larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis,,kacau dan biar hingga kembang Masukkan secubit garam kedalam tepung gaul rata dah buat lubang di tengah-tengah. masukkan minyak ditengah lubang dan campuran yis tadi. uli hingga jadi doh perapkan doh hingga naik...untuk cepatkan proses doh naik cepat boleh ditutup dgn plastik atau kain basah,jemur di tengah panas atau letak dalam oven yg tak belum di pasang letrik ya. Bila dah kembang boleh uli,kalau melekat letak kat tangan tepung untuk senang menguli buat ben...